Panduan Keselamatan Bagasi Ketika Melancong

on Thursday, May 31, 2012


Pastikan bagasi, beg tangan atau beg galas bersama anda ketika sampai dan sepanjang di lapangan terbang. Beg yang tidak dijaga dengan betul mungkin hilang dikebas pencuri. Lebih teruk jika bagasi yang hilang dimusnahkan pihak keselamatan lapangan terbang akibat tidak dituntut.

Penumpang disarankan membawa sama ada beg tangan, beg pejabat atau dompet ketika memasuki pesawat. Dengan mengurangkan bilangan beg, anda mungkin dapat mengurangkan risiko kehilangan dokumen penting dan barangan berharga.

Periksa dengan wakil agensi pelancongan anda mengenai peraturan barang yang dilarang dibawa memasuki kapal terbang. Setiap negara mempunyai undang-undang berbeza. Ia juga dapat mengelakkan anda terpaksa bersoal jawab dengan pasukan keselamatan jika membawa barangan tidak dibenarkan.

Jangan membawa sebarang peralatan tajam yang mungkin boleh dijadikan senjata seperti pembuka surat, pisau, pemotong kotak, gunting atau rantai kunci tirus dalam bagasi. Ia mungkin dirampas pasukan keselamatan.

Jika mengesyaki ada aktiviti mencurigakan atau melihat beg yang ditinggalkan, segera hubungi pihak keselamatan. Jangan sesuka hati menyentuh bagasi berkenaan kerana anda tidak tahu kandungannya.

Bawa ubat-ubatan anda dalam beg tangan atau beg sandang untuk memudahkan urusan pemeriksaan. Bagaimanapun, jangan bawa sebarang penyembur dalam bentuk botol. Jika terpaksa, letakkannya di dalam bagasi.

Pernah menonton Brokedown Palace atau Bridget Jones Diary? Jangan sesekali membantu menjaga bagasi orang yang tidak dikenali kerana ia mungkin menyebabkan anda menerima nasib malang seperti karakter dalam filem ini.
Ranking: 5

{ 3 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

test


May 31, 2012 at 7:43 AM
MUSLIM said...

Assalamu`alaikum Sahabat.

Tips yang sangat bermanfaat.


July 28, 2012 at 6:17 AM

Post a Comment

 
© Blog Rujukan | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO