Panduan Membersih Botol Dengan Betul

on Wednesday, May 30, 2012


Panduan ini hanya sesuai digunakan untuk botol yang bermulut kecil sahaja, yang tidak muat untuk memasukkan tangan ke dalamnya.

Bahan-bahan
Botol kotor
Air sabun
Sponge kecil
Air bersih

Cara-cara
1. Masukkan air bersih ke dalam botol anggaran sejumlah 1/4 botol dan digoncang beberapa kali untuk mengeluarkan kotoran kasar daripadanya, tuang keluar air itu.
2. Masukkan air sabun cair anggaran sejumlah 1/8 botol bersama-sama sponge kecil yang agak-agak boleh muat mulut botol, untuk memasukkan ke dalamnya dan lebih penting lagi untuk mengeluarkannya nanti.
3. Goncang beberapa kali dan tuang.
4. Ulang jika perlu, sehingga bersih.
5. Bilas dengan air bersih.
6. Keringkan.
7. Siap untuk digunakan.

Cara Traditional Membersihkan Botol
1. Masukkan sedikit pasir ke dalam botol yang kotor itu bersama sedikit air.
2. Goncang beberapa kali sehingga bersih.
3. Bilas dengan air sabun dan kemudiannya dengan air bersih pula.
4. Keringkan dan siap untuk digunakan.

Sebenarnya teringat nak tulis post ini semasa mencuci botol susu segar untuk dijadikan bekas air masak dan dok teringat nostalgia lama membasuh botol di rumah kita di GS. Kan dulu ada setimbun lebihan pasir di bawah pokok ubi kanji di depan pintu masuk tu.
Ranking: 5

{ 4 comments... read them below or add one }

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

test 2


May 31, 2012 at 7:22 AM
anjangman said...

Botol susu BPA free tu apa maksud ea ? Selalu guna berus pencuci yg panjang tu terus boleh masuk botol. Masa kecik2 dulu aku tak der susu botol. Susu ibu je..


December 3, 2012 at 5:13 AM
syazrin said...

bermanfaat ne infonya, akan diujicoba deh....


January 31, 2013 at 8:58 AM

Post a Comment

 
© Blog Rujukan | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO